Monday, November 12, 2012

Terunggul Produk Sulung Akan Dapat Beberapa Hari Saja Lagi - Ultimatepowerprofits.com - Fasa II GO Telah Bermula 7/11/2012

Dalam page " Produk & Perkhidmatan " mahu pun dalam posting lepas saya telah sebut tentang " Element of Wealth ". Disebabkan ada segelintir pihak ( lazimnya mereka ini ahi dari syarikat lain ) mempersoalkan tentang GO UPP dan menyamakan perniagaan ini sebagai program pelaburan atau HYIP. Saya mahu sebut dan tekankan di sini bahawa mereka yang beranggapan begitu sebenarnya membuat andaian yang sama sekali tidak tepat. GO UPP sama sekali bukan program pelaburan atau " money games ". Produk " Element of Wealth " adalah produk asas dan yang pertama sekali akan diperoleh oleh affiliate GO berbanding ratusan malah ribuan produk produk unik lain yang akan muncul di pasaran.

Element of Wealth bukan produk sampah bertaraf murahan atau picisan. Element of Wealth bukan kacang putih, bukan kacang kuda atau bukan mana mana produk bernilai inferior. Di posting ini saya mahu anda dan siapa saja buat penilaian sendiri apa sebenarnya " Element of Wealth " ini dan golongan bagaimana kah yang melanggan dan menggunakan produk ini. Sebelum produk ini sampai ke tangan anda beberapa hari lagi ( dalam berbagai versi bahasa ) saya mahu anda tahu sedikit sebanyak tentang " Element of Wealth ", pengasas atau penciptanya serta nilai sebenar produk ini dipasaran berbanding " harga " yang ditawarkan kepada affiliate GO. Harus diingat...Livio S Nespoli telah menjadi sebahagian GO ( rujuk posting saya yang lepas ) dan inilah yang menguntungkan semua affiliate GO.

Sila klik SINI dan saksikan video berkaitan atau ke http://www.interanalyst.us/index.html , baca keseluruhannya dan buatlah penilaian apakah ini produk sampah atau setaraf produk picisan !. Apa yang ingin saya katakan..saya merasa sangat bertuah kerana terus memilih pakej Platinum untuk membolehkan saya mengakses keseluruhan pakej Element of Wealth ini pada harga serendah $100 ( RM330 ) saja berbanding nilai sebenar $5,000 ( RM16,500 ). Jangan tidak baca dan jangan tidak cuba memahami kandungan dalam website di atas kerana anda wajar tahu bahawa anda sebagai affiliate GO UPP bukan berurusan dengan produk produk sampah..tetapi produk produk berkualiti SUPERIOR. Cuma saya mohon maaf kerana tidak ada kesempatan waktu untuk terjemahkan kandungan website berkenaan ke Bahasa Malaysia. Mungkin google translator dapat membantu anda sedikit sebanyak.


Ini cuma satu dari ratusan malah ribuan produk produk lain ( sebahagian darinya sangat eksklusif dan berkelas super premium yang cuma ada di GO ) yang akan muncul tidak lama lagi. Semua produk produk unik ini akan menyumbangkan duit tidak sedikit kepada affiliate GO yang konsisten membina bisnes ini dari sekarang secara konsisten setidak tidaknya selama 6 bulan. Paling saya nantikan bukan iGO Shopping Mall, bukan iGO Global Travel, bukan produk Teknologi Bio Science Nano untuk kereta dan kenderaan dan bukan itu bukan ini......tetapi saya sangat teruja dengan projek iGO Social Media & Entertainment, applikasi Social Network terkini hasil tangan Scott Evans sendiri ( menelan masa lebih 5 tahun untuk disiapkan ) yang menggabungkan teknologi Netflix dan iTunes. Applikasi atau perisian canggih inilah sebenarnya tunggak kekuatan sebenar GO yang bakal menggamit jutaan malah billion masyarakat dunia ke GO dan menjadikan koperat ini setanding eBay, Yahoo, Facebook malah upaya menjadi lebih hebat dari Google itu sendiri.sedikit masa lagi. Ini yang saya nanti nantikan sebenarnya. Dan inilah juga yang terus membuat saya setia dan melekat di GO dengan penuh sabar.

Kalau anda tahu banyak perkara tentang apa yang dirancang oleh Scott Evans serta usaha hebat yang sedang dalam progres ini..anda pasti akan bangga kerana anda telah menjadi sebahagian dari warga GO..satu projek trillion dollar yang akan mengubah cara kita berbisnes, bersosial sambil menimba duit dan menyumbangkan sebahagian kecil dari pendapatan kita kepada pihak pihak yang sangat memerlukan. Barangkali saya sedikit beruntung kerana sentiasa mendapat info dan update dari pihak yang sangat rapat dengan GO termasuklah J Michael sendiri yang membolehkan saya berkongsinya dengan anda semua.

Kepada rakan rakan atau siapa saja yang memerlukan satu pendekatan menjana pendapatan yang cukup hebat, powerful yang berpotensi menjamin kemasukan keuntungan yang tidak saja lumayan , konsisten, mudah malah akan terus bertahan selama mungkin..tidak ada pilihan terbaik lain ketika ini melainkan hanya dengan GlobalOne Companies. Sebab itu saya selalu tekankan...pilihlah peluang bisnes yang konsep niaganya berdaya maju serta tersendiri. Jangan hanya kerana kita melihat jiran kita laris menjual jagung..maka kita terikut menjual jagung kerana siapa pun mampu menjual jagung. BIla kita lihat sahabat kita menjual iklan, menjual klik dengan laris..kita pun ikut menjual iklan dan mengklik iklan menyebabkan kelak di pasaran orang orang dan syarikat menjual iklan dan terpaksa bersaing sesama sendiri. Hanya syarikat yang berteknologi terkehadapan yang mampu mengecilkan persaingan dan seterusnya mampu memonopoli sebahagian besar pasaran kerana kesukaran menduplikasi.


Perhatikan..kini sudah terdapat program klon GO UPP ini di pasaran ( hampir 100% meniru konsep niaga GO kecuali pelan pemasaran ) tetapi syarikat klon ini kelihatannya semakin mundur ke belakang ( apa lah yang mampu dilakukan syarikat ini dalam keadaan tergesa gesa begini, meniru atau copycat sedangkan Scott Evans mengambil masa lebih 12 tahun untuk realisasikan projek GO ini ). Lihat sajalah laporan alexa GO UPP dan lihat juga aktiviti beberapa syarikat lain yang sibuk mempromosi dan menjual " tool pemasaran khusus "  untuk orang ramai di seluruh dunia agar mudah mempromosikan GO. Kenapa ini berlaku ???. Biarlah saya tinggalkan untuk anda renung, fikir dan menjawabnya sendiri. Nasihat saya..tak perlulah anda habiskan duit membeli tool pemasaran ini kerana GO akan sediakan banyak tool untuk affiliatenya bangunkan perniagaan ini. Sentiasa rujuk pada Policy & Procedure syarikat agar anda tidak terbabas.




Jika anda tidak ada cita cita untuk menjadi kaya ( kalau tidak pun menjadi seorang jutawan )..dan kalau anda hanya cuma mencari sepuluh atau seratus dua ratus RM saja duit tambahan sebulan...jangan buang masa anda mendengar rakaman yang mengambil masa selama hampir 1 jam ini.

Rakaman ini ditujukan kepada ahli ahli GlobalOne UltimatePowerProfits yang ada cita cita besar, yang bersedia untuk berusaha dan komited pada diri sendiri ke arah Anjakan Paradigma dalam hidup masing masing dan menjadi insan cemerlang khususnya dalam dunia perniagaan ecommerce global. JIka anda adalah seorang individu yang sentiasa positif terhadap masa depan dan mahukan yang terbaik untuk diri, isteri, anak anak mahu pun untuk masyarakat sekeliling...maka rakaman penting dan penuh motivasi ini adalah untuk anda.

Selamat mendengar dan menghayatinya kerana apa yang anda akan dapat dari GlobalOne Companies ini..tidak mungkin anda akan perolehinya dari mana mana program dan syarikat lain. Rahsia disebalik projek gergasi GlobalOne ini akan dibungkar satu persatu dan masanya kian menghampiri.

Pilih waktu sesuai untuk menghayati dan memahaminya.

Klik SINI atau http://bit.ly/UoPQbY






Semalam 7/11/2012 Pelancaran Fasa II UPP telah berjalan dengan rasminya, bermakna kiraan bonus/komisyen GO UPP dimulakan pada tarikh berkenaan. Perlu diingatkan bahawa HANYA Bonus Infiniti dulu berjalan diperingkat ini . Bayaran Bonus Infiniti ini akan dimasukkan ke ewallet setiap affilaite pada 11/11/2012.

Pada tarikh 6/11/2012 kelmarin GO UPP telah menjelaskan mengenai perkara ini dalam webinar yang disampaikan oleh Kathy, membawa mesej dari Scott Evans kepada semua affiliate GO UPP. Saya ringkaskan intipati kandungan webinar tersebut seperti di bawah untuk pemahaman anda yang tidak berpeluang ikuti sesi tersebut:

a. Komisyen akan mula dikira pada 7/11/2012 dan akan masuk ke ewallet pada 10/11/2012 ( kalendar Amerika )
b. Ahli ahli yang telah membeli pakej dan membayar mengguna kredit/debit kad dari dalam backoffice GO UPP tetapi wang di kredit/debit kad mereka belum ditolak...jangan risau tentang perkara ini.
c. Cuma Bonus Infinity dikira dahulu ( Bonus Spinfinity & Global Profits Pool akan menyusul kemudian ).
d. Di tahap Fasa II ini SEMUA AFFILIATE YANG TELAH BELI PAKEJ ( TIDAK PEDULI APA PUN PAKEJ MEREKA ) AKAN LAYAK 20% MATCHING BONUS SEHINGGA MAKSIMA 5 GENERASI ( plan sebenar hanya menyediakan ini pada ahli Platinum saja ).

Scott Evans telah bermurah hati memberi kelonggaran ini kepada semua ahli yang telah membeli pakej bagi menghargai kesetiaan mereka bersabar menunggu lama selain membantu membawa ramai affiiate ke dalam GO UPP. Tawaran ini akan berterusan sehingga ke satu tarikh yang akan diumum kelak. Jadi ambil keempatan ini segara dan buatlah penajaan seramai mungkin kerana walau pun anda cuma affiliate Pakej Tin ( $10 ), anda akan layak 20% Bonus Matching seperti mana ahli Platinum. Ini akan terus dibayar tidak saja pada 10/11/2012 tapi juga pada 13/11/2012 dan seterusnya sehingga diberitahu. Charge ke kredit/debit kad ( bagi yang belum ditolak ) akan berlaku sepanjang tempoh masa ini berjalan dan semua affilaite tidak perlu bimbang tentang kredit/debit kad mereka tidak di "charge".

Tawaran istimewa dan terhad 20% Bonus Matching ini benar benar akan menguntungkan sesiapa saja yang telah dan akan menaja ramai affilaite ke dalam GO UPP. Affiliate yang telah menaja juga sangat beruntung kerana dalam tempoh Fasa II ini berjalan, semua downline dalam grup peribadi mereka akan dianggap sebagai ahli Platinum untuk kiraan komisyen. Ini bermaksud jika anda cuma affiliate Pakej Tin dan mempunyai downline dalam level 2 hingga 5..anda tetap dilayan umpama ahli Pakej Platinum..berhak mendapat Bonus Matching hingga level maksima, 5 generasi.

Semua affiliate juga akan mula dapat melihat backoffice baru GO UPP mulai hari ini dan hari hari seterusnya termasuklah susunan Matrix. Hakikatnya kita telah mula dapat melihat perubahan perubahan awal ini bila login ke backoffice. Bagaimana pun bahagian pendapatan ( earning ) belum ada perubahan lagi. Dimaklumkan juga bahawa selepas jam 6 AM EDM, website GO UPP akan " down " untuk tempoh masa tertentu yang tidak dinyatakan secara khusus dan anda tidak perlu panik bila mendapati keadaan ini berlaku dan tidak perlu menghubungi support membuat komplen. Website dan backoffice serba baru akan " UP " semula sebelum hari pembayaran komisyen pertama ke ewallet iaitu selewat2nya pada 11/11/2012 esok.

Bila anda login ke ewallet kemudiannya anda akan mendapati berapa ramai downline yang ada dalam Matrix Infiniti anda ( hanya jika anda telah upgrade ). Setiap downline dalam Matrix anda itu akan menyumbangkan pendapatan kepada anda antara $0.20 ~ $2.00 setiap orang bergantung kepada pakej keahlian mereka ( sila rujuk pay plan untuk memahaminya ).

Jangan lupa! ANDA JUGA AKAN MENDAPAT 20% BONUS MATCHING DARI PENDAPATAN SEMUA AFFILIATE ( MAKSIMA 81 ORANG ) YANG ADA DALAM LEVEL 4 MATRIX ANDA ( tidak kira siapa pun yang menaja mereka ) Perlu ingat juga...kemungkinan Bonus Matching ini akan lebih banyak dari jumlah sepatutnya disebabkan tawaran yang Scott Evans berikan di Fasa II ini.

Jadi ahli yang langsung tidak menaja agak rugi kerana terlepas peluang menikmati OFFER istimewa dari Scott Evans dan GO UPP ini.

Untuk memastikan anda memahami backoffice baru GO UPP yang kelihatan mula berwajah baru sekarang ini..pastikan anda tidak ketinggalan ikuti Training tentang perkara berkenaan di bawah :


TARIKH: 8/11/2012
MASA: 10 AM ( WAKTU MALAYSIA )
LINK UNTUK JOIN: http://InstantTeleseminar.com/?eventID=35136831
PENYAMPAI: KATHY


No comments:

Post a Comment