Salam sejahtera,
Jika anda terlepas webinar pagi tadi yang menampilkan Scott Evans atau jika anda tidak memahami intipati webinar tersebut, sila membacanya di link di bawah:
GlobalOne UltimatePowerProfit - Status & Berita Terbaru Dari Scott Evans
October 24, 2012
Pasti ramai yang tidak tahu bahawa projek GlobalOne UltimatePowerProfit ini telah dirancang oleh Scvott Evan sejak 12 tahun dulu. Beliau terpaksa menunggu waktu yang begitu lama untuk jadikan impian beliau satu kenyataan. Dan kini masanya semakin hampir. Dan saya..termasuk juga anda cuma terpaksa menunggu 3 ~ 4 bulan saja untuk melihat harapan kita masing masing menjadi realiti berbanding apa yang terpaksa Scott Evans lalui. Tapi percayalah..penantian lama serta kesabaran ini akan berbayar dengan ganjaran tidak terhingga terutamanya jika masa yang telah pergi itu serta sisa masa hadapan yang ada kita guna sebaik baiknya. Bayangkan bagaimana Scott dan GlobalOne terpaksa menyediakan ewallet yang tidak saja sempurna tetapi harus memenuhi keperluan perundangan lebih 170 negara dan ini adalah satu cabaran yang tidak sedikit. Dengan bilangan ahli/affiliate sekitar setengah juta kini, kerja kerja mengintegrasi ewallet ini bukan suatu perkara yang mudah yang boleh diselesaikan sekelip mata terutamanya bila berlaku gangguan teknikal.
Cuba anda renung seketika dan fikirkan..apa saja yang hebat dan sangat berjaya di dunia hari ini, ia mengambil masa yang lama untuk membinanya. Empayar Rome suatu ketika dulu tidak dibangunkan dalam tempoh satu hari. Masa yang mencukupi diperlukan untuk mendapatkan sesuatu yang hebat dan luar biasa agar ia mampu bertahan selama mungkin dan tidak hilang dalam sekelip mata seperti kebanyakan syarikat syarikat yang anda sendiri tahu..banyak yang jenis Easy Come Easy Go ! Setelah agak lama kita menanti, perlukah tiba tiba untuk merasa ragu dan takut hanya kerana sedikit kelewatan hari ini?. Yakinlah dengan GlobalOne kerana setelah anda berada didalamnya, anda akan mendapat menafaat untuk selama mungkin nanti. Saya tahu ramai yang merasa resah serta curiga tetapi adalah lebih baik memperbaiki dan menyediakan semua kelengkapan sesempurna mungkin daripada memulakan ia dengan cepat dan tergesa gesa tetapi tidak menjamin stabilitas dan kelancaran perjalanan di hari esoknya. Ingat..banyak perkara yang baik akan berlaku dan hanya yang setia menanti dan menggunakan hari hari yang ada dengan betul akan mendapat ganjaran terbanyak dan lumayan. Terus terang..saya tidak pernah mempunyai keyakinan yang sangat tinggi kepada mana mana syarikat lain yang pernah saya ceburi melainkan GlobalOne. Selain ownernya yang tidak ada sejarah hitam dalam dunia bisnes selain santat berpengalaman dalam bidang ini..malah konsep perniagaan yang dibawa ini juga sangat unik, tersendiri dan paling berdaya maju berbanding apa yang telah saya lihat selama ini. Apa pun terserah untuk anda membuat tafsiran sendiri kerana pemikiran saya dan anda tidak semestinya sentiasa sama. Namun saya optimis dengan apa yang saya sedang lakukan. Baiklah...bagi anda yang tidak sempat ikuti webinar syarikat pagi tadi dan mendengar pandangan Scott Evans sendiri berkenaan situasi semasa GlobalOne UltimatePowerProfits, saya ringkaskan intipatinya seperti dibawah: 1. Memang terdapat sebilangan syarikat lain yang mempunyai jumlah keahlian yang besar ketika ini namun jumlah berkenaan tidak terbina dalam sebulan dua malah ia memakan masa bertahun tahun. Apa yang berlaku di GlobalOne sangat berbeza. Hampir setengah juta affiliate mendaftar dalam tempoh sesingkat 3 ~ 4 bulan. Maka sedikit masa diperlukan untuk memastikan kesempurnaan dalam perkara perkara penting khususnya ewallet kerana komsiyen yang bakal dibayar adalag besar2an. Bagi mereka yang bakal menyambut perayaan Christmas..ini tentu khabar gembira bagi mereka. 2. Perkembangan atau progres GO adalah terkebelakang sedikt dari jadual asal namun GO semakin dekat mendekati tarikh dan detik yang ditunggu tunggu ratusan juta affilaite.Yakinlah..kita semua semakin hampir saat itu!. 3. Apa yang dilalui GO sekarang adalah monumental. GO sedang berurusan dengan perbankan global yang sangat kompleks. Sedikit masa tambahan diperlukan agar sistem ini khususnya ewallet berfungsi dengan lancar bagi setiap buah negara. 4. GO bakal mempunyai sistem dan rangkaian komputer yang mampu menguruskan semua negara dengan berbilion transaksi sesaat. 5. GO memiliki rangkain produk yang hebat hebat, unik dan bakal menggemparkan dunia dimana sebahagian produk2 ini mengambil masa 10 malah lebih 20 tahun untuk dibangunkanl. Dan bersedialah anda untuk mendengar webinar pada pagi Jumaat besok kerana tarikh akhir dan masa sebenar akan diberitahu. Jangan risau tentang "double charge" atau maintenance kerana GO tidak akan "charge" anda selagi Fasa II tidak dimulakan untuk mencukupi tempoh 30 hari anda sebagi affiliate. Jadi jangan terlepas peluang mendengar webinar pada hari Jumaat 26 Oktober 2012 jam 8.30 am waktu Malaysia ( 7.30 am waktu Indonesia )
Salam sukses
|
No comments:
Post a Comment